Terma & Syarat
- Semua tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh masuk
- Bayaran penuh mestilah di jelaskan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh masuk.
- Deposit mestilah dibayar selepas membuat tempahan
- Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
- SEMUA BAYARAN MESTILAH DARIPADA QR YANG DISEDIAKAN SAHAJA.
- Segala tambahan selepas check-in SILA MAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU kepada Puan Rozita. (JIKA TIDAK BARANG SEWAAN TIDAK DI KELUARKAN)
- Tiada pemulangan wang jika tempahan dibatalkan. Waktu Daftar Masuk & Keluar
- Daftar Masuk: 1.30 petang
- Daftar Keluar: 12.30 petang
- Pengunjung bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, ahli keluarga atau kumpulan, dan barang peribadi.
- Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kemalangan.
- Peraturan dan Larangan
01.
Tidak dibenarkan aktiviti yang tidak bermoral.
02.
Tidak dibenarkan membawa masuk orang luar atau lebih dari jumlah yang dimaklumkan tanpa kebenaran.
03.
Tidak dibenarkan mengubah suai kedudukan khemah tanpa kebenaran / alatan yang telah disediakan oleh pihak ROZITA GOLD GLAMPING.
04.
Sila bersihkan kembali semua tempat perkhemahan & buang sampah di tempat yang disediakan / kembalikan seperti sedia kala.
05.
Bersihkan peralatan yang telah digunakan termasuklah tempat BBQ (Jaring Besi Pemanggang JIKA SEWA).
06.
Jangan buang tuala wanita atau pampers ke dalam tandas. Denda RM200 jika didapati tersumbat.
07.
Sekiranya mengadakan majlis gathering/birthday party dan seumpamanya, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan merata-rata.
Kemudahan & Peralatan
Segala kemudahan hendaklah digunakan dengan cermat. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pengunjung akan dikenakan bayaran ganti rugi
